Seymour Jerome Bruner
Beliau
dilahirkan di New York pada 1 Oktober 1915.Beliau lebih dikenali
sebagai J.Bruner. Beliau ini merupakan bapa kepada teori psikologi
kognitif. Beliau merupakan seorang yang istimewa kerana telah dilahirkan
buta dan tidak dapat melihat setelah dijangkiti katarak sewaktu beliau
masih bayi.
PENDIDIKAN
Pada
mulanya, Bruner bersekolah di sekolah umum. Pada tahun 1933 beliau
lulus dari sekolah tinggi. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajaran ke
Duke University. Disana beliau mengambil jurusan psikologi. Pada tahun
1937 beliau mendapat gelaran AB. Bruner kemudian mengejar kajian
pascasarjana di Harvard University, menerima MA pada 1939 dan Ph.D. pada
tahun 1941. Semasa Perang Dunia II, beliau berkhidmat di bawah Jeneral
Eisenhower di Perang Psikologis Divisi Markas Tertinggi Bersekutu
Expeditionary Force Eropah. Beliau memainkan peranan yang penting dalam
perancangan Projek Medison, suatu kurikulum matematik moden di Amerika
Syarikat.
PENCAPAIAN
Sebagai
seorang tokoh kognitif yang berjaya, beliau telah menerima banyak
pencapaian. Antaranya adalah, BA, Duke University, 1937, PhD, Harvard,
1941 (psikologi), Profesor psikologi di Harvard (1952-1972), Profesor
psikologi di Oxford (1972-1980), CIBA Pingat Emas, 1974, untuk "kajian
khas dan asli", Balzan Prize pada tahun 1987 untuk "sumbangan untuk
memahami fikiran manusia" serta Fellow, American Academy of Arts and
Sciences.
MAKLUMAT TEORI
Beliau
banyak menghasilkan penulisan dalam bidang falsafah
pendidikan,teori-teori pembelajaran, dan proses pengajaran. salah satu
hasil penulisannya yang terkenal adalah The Process of Education. Buku
ini telah menjadi bahan rujukan yang penting dalam menggubal kurikulum
matematik moden di kebanyakkan negara.
BELAJAR
Belajar
merupakan kategori yang terjadi untuk memudahkan interaksi dengan
realiti. selain itu, belajar turut memudahkan tindakan. Hal ini berkait
rapat dengan proses seperti pemilihan maklumat, generasi proposal,
fasilitasi, proses membuat keputusan dan pembinaan dan ujian hipotesis.
Murid yang belajar berinteraksi dengan realiti akan dapat menetapkan
kemasukkan yang sesuai dengan kategori mereka sendiri.Hal ini kerana
mereka akan menentukan kategori konsep yang berbeza.
Belajar
adalah sebuah proses aktif dari persatuan dan pembinaan. Selain
daripada itu, pengetahuab sedia ada murid juga merupakan faktor penting
dalam belajar. Ini memberi makna kepada organisma untuk menimba
pengalaman dan membolehkannya untuk membentuk suatu media seperti
peraturan ini:
1) menentukan sifat-sifat penting dari para ahlinya, termasuk komponen esensialnya.
2) menggambarkan bagaimana mereka harus diintegrasikan komponen penting.
3) menentukan batas-batas toleransi atribut yang lain untuk ahli termasuk ke kategori.
Bruner membezakan dua proses yang berkaitan dengan kategori:
a)Pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza)
b)Konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori).
a)Pembentukan konsep (mempelajari konsep yang berbeza)
b)Konsep Tingkat (mengenalpasti sifat yang menentukan kategori).
Bruner
berpendapat bahawa pembentukan konsep merupakan proses yang terjadi
lebih semua daripada konsep pada orang 0-14 tahun, sementara konsep
konsep Tingkat pembentukan berlaku bukan dari usia 15 tahun.
Konsep boleh di bahagikan kepada tiga kategori iaitu:
· Konsep konjuntif
Kosep
ini merujuk kepada konsep yang mempunyai beberapa bahagian yang
tergabung dan tidak boleh dipisahkan ataupun dikurangkan. Apabila salah
satu bahagian ini diketepikan, maka, konsep tersebut menjadi kurang
lengkap.
· Konsep disjuntif
Konsep
ini pula merujuk kepada bahagian-bahagian yang tergabung di dalam
konsep ini boleh digunakan dalam satu situasi ataupun situasi yang
lain.
· Konsep hubungan
Konsep
ini merujuk kepada kepada hubungan khas antara satu sama lain yang
wujud diantara bahagian-bahagian tersebut. Kebanyakkan hubungan ini
biasanaya terdiri daripada bahagian-bahagian yang mengandungi masa dan
ruang.
Selain
itu Bruner berpendapat, fungsi konsep utama adalah menyusun maklumat
kepada sifat-sifat umum bagi sesuatu kumpulan objek atau idea, dengan
bertujuan memudahkan pengurusan agar lebih ringkas, mudah difahami,
mempelajari serta mengingati. Menurut beliau lagi, bahasa merupakan
medium yang penting dalam perkembangan kognitif manusia. Beliau
mempercayai manusia mula menggunakan tindakan sebagai usaha memahami
alam sekitar, dan apabila tindakan tidak mencukupi, ia akan bertukar
kepada penggunaan gamabar atau perwakilan simbol di mana bahasa
memainkan peranan.
ASPEK TEORI PEMBELAJARAN
Bruner berpendapat bahawa empat aspek berikut merupakan aspek yang penting dalam teori Arahan:
1) kecenderungan terhadap pembelajaran
2)bagaimana pengetahuan boleh ditetapkan sehingga yang terbaik untuk diinternalisasi oleh pelajar
3) urutan paling efektif dalam menyajikan bahan bantu mengajar
4) Sifat dari hadiah dan ganjaran.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Berikut adalah implikasi dari teori Bruner dalam pendidikan:
1) Teorem pembelajaran Matematik
Bruner
dan Kenny (pembantunya) telah membuat pemerhatian di dalam kelas
Matematik bagi mengkaji faktor-faktor yang terlibat dalam teori ini.
Hasilnya mereka telah Berjaya membina empat teorem pembelajaran seperti
berikut:
· Teorem Pembinaan
Merupakan
cara paling berkesan bagi seorang pelajar untuk mempelajari konsep,
prinsip atau hukum matematik. Caranya adalah dengan membina perwakilan
untuk konsep, prinsip mahupun hukum Matematik tersebut. Para pelajar
perlulah menjalankan sendiri aktiviti-aktiviti konkrit agar mereka lebih
memahami.
· Teorem Tatatanda
Tatatanda
Matematik ini perlulah mengikut tahap perkembangan kognitif pelajar itu
sendiri. Ianya perlulah bermula dari mudah ke sukar mengikut tahap
pemikiran pelajar pada waktu itu.
· Teorem Kontras dan Variasi
Operasi
ini terjadi apabila terdapat prosedur perkenalan perwakilan abstrak
daripada perwakilan konkrit. Konsep Matematik kebanyakkannya tidak
memberikan makna kepada pelajar jika mereka tidak dapat membezakan
konsep yang lain. Konsep nombor ganjil dan nombor genap perlu dijelaskan
dengan membandingkan sifat-sifat yang berbeza dalam kedua-dua jenis
nombor tersebut.
· Teorem Perhubungan
Konsep,
prinsip dan kemahiran Matematik adalah saling berkaitan dengan
kemahiran yang lain. Di dalam proses pembelajaran, guru perlu bijak
mengaitkan konsep-konsep, prinsip-prinsip atau kemahiran yang baru
kepada pelajar.
2) Strategi pengajaran dan pembelajaran Matematik
Seseorang
murid belajar dengan cara menemui struktur konsep-konsep yang
dipelajari. Oleh yang demikian, Bruner berpendapat kanak-kanak membentuk
konsep dengan mengasingkan benda-benda mengikut ciri-ciri persamaan dan
perbezaan. Selain itu, pengajaran adalah berdasarkan rangsangan murid
tersebut terhadap pengetahuan sedia ada mereka. Beliau turut mengatakan
bahawa pembelajaran Matematik akan menjadi lebih mudah dengan penggunaan
symbol untuk mewakili konsep-konsep yang berbentuk abstrak.
3) Prinsip-prinsip pengajaran-pembelajaran
Melalui
buku tulisan Bruner (1966) yang berjudul Toward a Theory of
Instruction, beliau menghuraikan empat prinsip pengajaran-pembelajaran
berlandaskan teori yang dikemukakan oleh beliau sendiri.
· Prinsip motivasi
Bruner
mempercayai bahawa kanak-kanak yang baru masuk sekolah mempunyai dua
jenis motivasi diri, iaitu intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai
kecekapan. Intrinsik ingin tahu adalah satu motivasi yang mendorong
minat kanak-kanak terhadap benda di sekeliling mereka. Manakala,
dorongan untuk mencapai kecekapan diri adalah aktiviti yang menggerakkan
mereka untuk mencuba secara rela hati dengan menyempurnakannya sendiri
disamping saling bersaing sesame mereka.
· Prinsip struktur
Prinsip
struktur memberikeutamaan terhadap isi pelajaran yang sesuai dengan
bentuk pengajaran, dan apa jenis bentuk pengajaran yang sesuai digunakan
kepada murid itu sendiri. Bruner mencadangkan, penggunaan prinsip
pengajaran daripada konkrit kepada abstrak.
· Prinsip sekuen
Mengikut
Bruner, prinsip ini boleh dibahagikan kepada dua, iaitu prinsip sekuen
yang pertama (prinsip kesediaan). Di mana pada peringkat ini guru perlu
menggunakan set induksi untuk menimbulkan motivasi yang berterusan
kepada murid agar aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan
berkesan. Prinsip seterusnya adalah prinsip sekuen yang kedua. Prinsip
ini adalah penggunaan dan perlaksanaan kaedah dan teknik mengajar.
Kaedah dan teknik mengajar perlulah seimbang dengan perkembangan
kognitif murid pada waktu itu. Secara tidak langsung, ianya dapat
mempertingkatkan daya keupayaan mental kanak-kanak. Prinsip sekuen ini
dapat menghubungkaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama serta
keberkesanan pembelajaran dapat ditingkatkan.
· Prinsip peneguhan
Bruner
mencadangkan penggunaan kaedah inkuiri-penemuan sebagai strategi
pengajaran-pembelajaran untuk member kesempatan kepada kanak-kanak
membuat kajian sendiri, agar mereka akan memperolehi kepuasan daripada
dapatan kajiannya, demi menghasilkan peneguhan positif yang diharapkan.
4) Pembelajaran inkuiri-penemuan (Discovery Learning)
Kaedah
ini digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah. Sehubungan dengan itu, guru perlulah mengatur situasi
pembelajaran untuk pelajar mereka dalam mengenal pasti masalah yang
ditimbulkan, memahami dan menganalisisnya serta berusaha mencari
alternatif jawapan sendiri.
5) Pembelajaran konsep hukum dan prinsip melalui pendekatan induktif
Pendekatan
induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir maklumat, kemudian
membuat generalisasi atau kesimpulan. Penggunaan kaedah ini memerlukan
guru memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu
prinsip yang sama. Melalui contoh-contoh inilah, murid dibimbing
memikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir maklumat yang terkandung
di dalam contoh-contoh tersebut. Sejerus itu, mereka mampu membuat
kesimpulan sendiri mengenai topik tersebut.
ANALISIS SWOT
Dalam
menilai kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman sesuatu teori adalah
dengan menggunakan analisis SWOT. Analisis SWOT adalah sebuah kaedah
perancangan strategik yang digunakan untuk menilai Kekuatan, Kelemahan,
Peluang, dan Ancaman yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
di dalam sesuatu teori yang dikemukakan. Analisis ini adalah bertujuan
untuk mengenalpasti faktor-faktor dalaman dan luaran yang menguntungkan
dan tidak menguntungkan untuk mencapai tujuan tersebut.
Analisis
Swot juga telah dijalankan ke atas teori Burner. melalui analisis ini
di dapati teori ini turut mempunyai kekuatan, kelemahan, peluang dan
ancaman yang tersendiri. kekuatan yang jelas dapt dilihat dalam teori
ini adalah ianya lebih berpusatkan kepada murid. Di mana teori ini
memerlukan murid berfikir secara kritikal dalam menerima proses
pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, ianya dapat membantu
murid-murid untuk melihat dari pelbagai perspektif yang berbeza, murid
dapat menganalisis perbezaan dan persamaan yang telah dipelajari.
Setelah
mengkaji tentang kekuatan, mari lihat pula kelemahan yang tdrdapat
dalam teori ini. kelemhan yang jelas dapat dikenal pasti adalah murid
hanya akan mengunakan kehendak dan emosi dalam memastikan mereka
mencapai objektif pelajaran tersebut. Namun begitu, sekiranya dilihat
dari segi peluang, murid-murid akan belajar mempunyai pendirian dan
keyakinan pada diri sendiri. Selain, ianya tidak menyekat pengetahuan
murid tersebut. Ancaman yang mungkin dihadapi melaui teori ini adalah,
apabila tenaga pengajar melebih-lebihkan murid yang lebih menonjol
berbanding murid-murid yang lain. Maka, tanpa disedari wujud satu
suasana bias di kalangan murid-murid.
Setelah
mengkaji tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman yang terdapat
di dalam teori ini, satu kesimpulan dapat dibuat dimana guru perlu
memainkan peranan yang penting di dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar